Hari ini kita dikejutkan dengan kehilangan Datin Bahazanariah Baharudin seorang isteri dan madu yang baik kepada Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini akibat kanser.
Susulan daripada itu, menerusi laman Instagram Nurul Hidayah meluahkan rasa rindu kepada kakaknya yang menjadi tempat luahan sepanjang bergelar isteri kedua. Walaubagaimanapun, beliau redha dengan kehilangan insan yang paling disayanginya.
Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap 4. Sekitar Ogos selepas raya Haji, Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.
Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri ke-2. Semangat sy. Kakak datang meminang dan minta sy dari Abah dan Mak kerana dia mahu sy berkahwin dgn suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumahtangga.
“I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu…”
Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepad kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumahtangga.
Salam takziah buat sekeluarga.
Sumber: Nurul Hidayah