Seperti yang diketahui, beberapa negeri pada ketika ini dilanda cuaca buruk dengan hujan lebat dan ribut petir pada setiap hari sehingga ada sesetengah kawasan dinaiki air.
Ia merupakan fenomena biasa apabila menjengah ke hujung tahun namun tetap perlu diberi perhatian bagi mengelak sebarang perkara yang tak diingini.
Bercakap mengenai cuaca, tular beberapa gambar yang menyaksikan suasana pemandangan awan berbentuk ombak besar menghampari langit di kota Singapura semalam.
Melalui perkongsian di Twitter leeyikkeat, dia sempat mengambil gambar pemandangan tersebut sebelum ribut melanda di situ.
The craziest cloud I have seen in Singapore πΈπ¬ shot before the biggest storm came pic.twitter.com/1AvRKvQeCT
— YK (@leeyikkeat) November 19, 2020
Perkongsiannya menarik perhatian kerana awan itu kelihatan mempesona namun menakutkan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang naik ‘seram’ dan terpesona melihat gambar tersebut yang juga seakan-akan terlihat seperti tsunami.
Sumber: leeyikkeat