Cuaca hujan yang tidak menentu hingga menyebabkan hujan lebat telah menenggelamkan beberapa negeri sehingga hari ini.
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas teruk termasuklah Gua Musang, Kelantan; Muallim, Perak; Kluang, Johor; Kuantan, Pahang; Kemaman, Terengganu dan Hulu Bernam, Selangor.
Justeru, pelbagai bantuan telah disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan, selain badan bukan kerajaan (NGO) turut sama turun padang membantu mangsa yang terjejas.
Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan warganet sebelum ini, mengapa mangsa banjir dibolehkan untuk menerima bantuan zakat?
Persoalan ini telah dijawab oleh pegawai zakat, Faisal Rahim menerusi bebenang di Twitternya hari ini. Mari ikuti penjelasan ini.
Ramai juga orang pertikai, KENAPA MANGSA BANJIR dapat bantuan zakat? π€¦ββοΈ.
Aduhai. Bagi bantuan pun salah.
Ini info ringkas:
1. Fuqaha terdahulu & kontemporari telah bahaskan perihal bantuan zakat kepada orang-orang yang ditimpa musibah (termasuk banjir) secara panjang lebar. pic.twitter.com/Rpu6JrmAAn
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Islam telah menyenaraikan lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat, iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnu Sabil.
Menurut Faisal, mangsa banjir adalah termasuk dalam kategori orang yang mendapat musibah dalam hartanya, iaitu Al-Gharimin seperti yang dijelaskan dalam fatwa para ulama’.
2. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawy, mereka ini termasuk dalam Asnaf Gharimin.
βMereka yang mendapat pelbagai bencana hidup dan mengalami musibah dalam hartanya, sehingga mempunyai keperluan yang mendesak untuk meminjam bagi dirinya & keluarganya..”
(Hukum Zakat, hal. 595)
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
3. Kata Imam Mujahid,
“3 kelompok termasuk orang yang mempunyai hutang, iaitu
1. Orang yang hartanya terbawa banjir.
2. Orang yang hartanya musnah terbakar.
3. Orang yang berkeluarga tetapi tiada harta sehingga berhutang untuk menafkahi mereka.(Hukum Zakat, hal. 595).
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Apa itu asnaf Gharimin?
Untuk pengetahuan anda, penerima zakat bukanlah semestinya orang yang tiada harta benda atau fakir/miskin semata-mata.
Malah orang yang berhutang juga dikira sebagai asnaf dan layak menerima zakat.
4. Asnaf Gharimin = Berhutang.
Dalam konteks banjir atau sebarang musibah yang melibatkan bencana alam, ia menyebabkan orang yang mengalaminya menderita kerosakan harta benda yang banyak.
Malah untuk meneruskan kehidupan, ada yang terpaksa berhutang.
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Jelasnya, bantuan zakat yang diberikan kepada mangsa banjir adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka ketika tempoh getir ini.
5. Maka, syarak melihat ada keperluan untuk zakat berfungsi dengan meringankan beban mangsa melalui bantuan zakat yang dihulurkan.
6. Ada juga beberapa fuqaha meluaskan maksud Fisabilillah hingga boleh bantu yang terkena musibah atau kerosakan kepada negara.
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
7. Contohnya Imam Ibnu Qudamah:
“Zakat yang dikeluarkan untuk untuk membina jambatan-jambatan dan jalan-jalan, itu adalah zakat yang diperbolehkan dan diterima.”
(Hukum Zakat, hal. 620)
8. Namun praktik di negara kita, zakat lebih mendepani keperluan individu berbanding umum.
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Zakat lebih ‘terus’ membantu dalam kelompok individu atau keluarga.
Jelasnya, ia berbeza dengan bantuan-bantuan umum termasuk melibatkan kemusnahan infrastruktur awam yang menjadi tanggungjawab pihak kerajaan.
9. Maksudnya ada ruang untuk pihak zakat bantu individu (dan keluarga) yang terjejas dengan musibah banjir melalui santunan zakat.
10. Manakala tugas membaiki jalan, jambatan rosak dan sebagainya adalah ditanggung oleh pihak pemerintah.
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Jangan risau, pengagihan zakat kepada mangsa banjir ketika ini berjalan di bawah pemantauan rapi agensi zakat negeri masing-masing.
Kesimpulannya, institusi zakat ni bertindak di bawah pengawasan fatwa & mufti negeri masing-masing.
Ada jawatankuasa syarak yang sentiasa memantau. Mereka pasti tegur jika ada tindakan yang berlawanan dengan syarak.
Kalau kita tak tahu tak semestinya ia tak wujud.
WA.
β Faisal Rahim (@acaiijawe) January 6, 2021
Sumber: Faisal Rahim