Dah nak nak dekat raya ni, korang semua yang tengah free tu mesti tengak belek belek YouTube tengok iklan raya kan? Kadang-kadang tengok iklan raya ni dah jadi macam rutin tiap-tiap tahun dah.
Banyak iklan-iklan yang ada dekat YouTube ni power power. Ada yang sedih, ada yang kelakar dan macam-macam lagi lah. Tapi pada korang yang rajin tengok iklan raya ni, cop kejap. Korang dah tengok ke iklan raya yang OPPO lancarkan?
Haa, kalau belum lagi, baca dulu dekat sini kejap serba sedikit pasal iklan tu. Lepas tu, baru korang pergi tengok okay?
Kalau biasanya iklan raya ramai yang buat bagi sedih untuk main dengan emosi penonton kan? Haa OPPO kalini dia buat lain daripada lain sikit. Filem pendek yang diberi nama ‘Kasih Dari Hati’ ini menceritakan tentang kasih seorang anak bernama Fatin kepada ayahnya yang hidup sebatang kara di kampung.
Bila berseorangan dan berjauhan dengan anaknya, OPPO lah yang boleh berupaya menjadi alat untuk memantau segala pergerakan ayahnya. Daripada untuk berkomunikasi, sehinggalah kepada alat untuk anaknya memastikan bahawa ayahnya itu mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan diri daripada sakit.
Apa yang Fatin cuba lakukan tu sebenarnya boleh dikatakan ramai diantara kita yang terlepas pandang. Yelah, asyik berharap ibu bapa kita sihat tanpa pantau gaya hidup dorang pun tak boleh jugak. So, cara Fatin ni membuktikan bahawa dengan teknologi yang ada pada OPPO, kesihatan ibu bapa kita di kampung boleh dipantau seterusnya dapat memastikan yang mereka ni kekal sihat sentiasa.
Okay, dah tahu serba serbi ni, korang try lah tengok sampai habis video ni. Serious best, ada part kelakar dan ada part sedih. Balance lah. Tapi kan, bukan tu je, OPPO juga turut menampilkan Ayda Jebat tau dalam filem pendek tu. Dah hujung-hujung tu, ada terselit lagu Ayda Jebat yang berjudul ‘Kasih Dari Hati’ untuk penutup filem pendek tu. Lirik dia kalau korang selami betul-betul, agak deep jugak la.
Try lah tengok, dijamin best. Tapi pada yang senang menangis tu, disarankan sediakan tisu dekat sebelah masa tengok filem pendek berjudul ‘Kasih Dari Hati’ yang dilancarkan oleh OPPO ni tau.
Pada korang yang tertanya-tanya tentang produk OPPO apa yang ayah Fatin pakai tu sampai terpaksa menipu anaknya tu, haa tunggu jap.
OPPO Smart Life Bundle
Ni lah dia! Pada korang yang nak dapatkan produk-produk yang korang tengok dalam filem pendek tu, OPPO sekarang ada buat promosi Bundle Gift Box. Bundle set ni ada dua pilihan tau, so korang boleh pilih mana yang korang berkenan.
Set pertama
Korang boleh dapat OPPO Reno5 F yang bernilai RM1,199, lepas tu korang juga akan dapat OPPO Enco W11 yang bernilai RM159 serta OPPO Band yang bernilai RM159. Harga bagi bundle semuanya berjumlah RM1,399. Tapi kalau korang beli bundle ni, memang berbaloi lah! Sebab apa? Sebab kalau korang beli bundle ni, korang akan jimat sebanyak RM118 tau.
Paling menarik sekali pasal set bundle ini ialah peranti OPPO Reno 5 F tu. Phone ni memang tak perlu nak dipertikaikan lagi dah. Bateri dia yang tahan lama, kamera gempak dan ada banyak fungsi, memang sangat-sangat sesuai untuk dijadikan phone harian korang.
Set kedua
Untuk set kedua yang OPPO tawarkan pula adalah OPPO Reno5 yang berharga RM1,899, OPPO Enco W51 yang berharga RM369 dan OPPO Watch 41mm yang berharga RM899. Harga bagi bundle set kedua ni pula berharga RM2,899 je. Kalau korang pilih set ni, korang bakal jimat RM268 tau!
Kelebihan set ni adalah dekat peranti OPPO Reno5 dia. Kalau pilih set ni, korang bersedialah untuk menikmati handphone yang dilengkapi dengan 64MP Quad-cameras yang juga turut hadir dengan Potrait Beautification Video. Kalau korang jenis suka buat vlog ke suka main rakam-rakam video ke, memang patutlah korang beli phone ni. Tak payah nak siapkan muka tu sangat pun, biar kamera OPPO Reno5 ni yang akan siapkan muka korang.
Berbaloi teruk kan pakej yang OPPO tawarkan ni? Rugi kalau tak ambik, nak nak dah dekat raya ni. Baru bergaya beraya dengan barang-barang baru kan!
Peraduan Ka(Raya)Oke Dari Hati
Untuk korang yang suka karaoke, ni lah peluang keemasan korang serlahkan bakat korang! Bermula 2 sampai 31 Mei 2021 ni, OPPO ada buat peraduan karaoke untuk korang join. Hadiah yang ditawarkan pula berjumlah sehingga RM10,000 kot! Banyak gila kan?! Hadiah utama peraduan ni berupa OPPO Raya Bundle. So, korang digalakkan untuk try lah luck korang dalam pertandingan ni ye!
Macam mana cara-cara nak sertainya? Senang je, Serious! Tengok cara-caranya seperti kat bawah ni:
1. Follow akaun Facebook dan Instagram OPPO Malaysia.
2. Imbas kod QR atau klik di sini untuk akses ke OPPO Ka(Raya)Oke Ar filter.
3. Pilih salah satu daripada tiga filter yang korang berkenaan. Rekod diri korang tengah menyanyi guna filter tu. Digalakkan untuk pakai headphone atau earphone untuk suara korang lebih jelas masa korang nyanyi tu.
4. Save nyanyian korang tu dan muat naik dekat Instagram feed korang. Jangan lupa sertakan hashtag #KasihDariHati sekali dan tag @oppomalaysia punya akaun Instagram ye. Lagi satu, pastikan profile akaun Instagram korang tu dah di set ke mode public.
Tangkap gambar dapat hadiah!
Apa kata korang try sekali masuk Kasih Dari Hati Photo Contest yang diadakan di One Utama bermula 21 April sehingga 16 Mei ni dari duduk saja-saja je takde buat apa. Paling tidak pun kalau korang menang, hadiah yang OPPO tawarkan menarik gila kot! So, memang tak rugi lah.
Tapi korang mesti nak tahu macam mana cara-cara nak sertai peraduan ni kan? Senang amat! Ikut je langkah-langkah ni:
Langkah 1: Tangkap gambar dekat sudut “Kasid Dari Hati” yang ada kat One Utama
Langkah 2: Muat naik gamabr tu kat dalam Instagram korang dan pakai hashtag #OPPOKasihDariHati. Diingatkan, akaun korang perlu set ke mode public dulu ye.
Kalau semuanya dah settle, korang pun boleh la berpeluang untuk menang hadiah yang bernilai sebanyak RM7,589. Nak tahu tak apa hadiah yang OPPO tawarkan untuk korang? Ni dia:
Hadiah utama: OPPO Reno5 x 1 unit
Hadiah kedua: OPPO Reno5 F x 2 unit
Hadiah ketiga: OPPO Watch 41mm x 3 unit
Haiah saguhati: Oppo Band x 5 unit
OPPO murah hati nak bagi Ang Pow dengan cara ni
Rasa-rasanya dah banyak benda yang OPPO tawarkan kan? Tapi semua tu tak berhenti kat sini je, sebabnya ada lagi yang OPPO nak bagi kat korang sempena raya ni tau!
Apa benda yang OPPO nak bagi lagi? Kali ni OPPO nak bagi e-angpow yang bernilai sehingga RM20,000 pula untuk korang. Tapi untuk korang nak dapat angpow ni, korang kena datang One Utama dulu tau.
Program yang dianjurkan oleh OPPO ni hanya berlangsung selama 2 hari je iaitu pada 8 Mei sehingga 9 Mei. Ada 2 slot dibuka, satu pada pukul 3pm, satu lagi pada pukul 8pm. So, pastikan korang free pada hari dan masa yang ditetapkan tu tau kalau korang nak try nasib korang. Korang memang patut try nasib korang kat sini sebabnya setiap sesi ni, OPPO tawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM20,000!
Cara-cara untuk korang dapatkan e-angpow ni memang mudah. Ikut kat bawah ni:
1. Imbas kod QR di zon OPPO
2. Daftar nama penuh dan alamat emel anda
3. Sertai game e-angpow ni dengan jumlah masa selama 30 saat
Kod QR yang korang cari-cari nanti tu akan ada dekat zon OPPO ni:
- OPPO Photo Corner @ Oval Concourse LG Floor
- Booth jualan OPPO @ Centre Court G Floor
Paling best untuk game ni, peserta akan diberikan dua pilihan. Yang pertamanya, peserta cuma perlu ambik gambar dekat sudut foto “Kasih Dari Hati” OPPO Raya dan boleh sertai game ni sebanyak dua kali tau kalau kali pertama tu tak bernasib baik lah.
Yang keduanya pula, peserta boleh sertai e-angpow ni sebanyak 5 kali dengan membeli mana-mana produk OPPO yang ada dekat One Utama tu. Best kan?
Banyak gila ni OPPO nak bagi kali ni. Memang rugi la kalau tak join semua benda yang OPPO tawarkan ni.
So, cara-cara dia pun dah tahu kan? Sekarang ni kita tengok pula apa hadiah yang OPPO tawarkan untuk game yang ni. Let’s check it out together…
Hadiah pertama: OPPE Reno5 x 1 unit
Hadiah kedua: OPPO Reno5 F x 2 unit
Hadiah ketiga: OPPO A54 x 4 unit
Haa, tu hadiah-hadiah utama yang OPPO nak bagi tau. Ada juga hadiah lain yang OPPO nak bagi kat korang tau. Antara hadiah-hadiah tu ialah OPPO Watch, OPPO Band, OPPO Enco W12, OPPO Tumbler, baucer diskaun OPPO bernilai RM50, mata ganjaran 100 point dan 50 point.
Banyak gila dan menarik kan?! Semua ni korang boleh dapat dekat OPPO One Utama tau. Jadi, apa tunggu lagi? Moh ler kita serbu One Utama! Tapi jangan lupa amalkan SOP ye! Selamat mencuba!