Mengemas rumah ni bolehlah dikatakan sebagai salah satu rutin wajib dalam kehidupan seharian, setuju tak? Kalau rumah tak bersih, macam mana nak hidup dengan selesa kan? Sebab tulah kita kena sentiasa kemas rumah. Bercakap pasal kemas rumah ni, biasanya anda akan gunakan peralatan yang ‘lama-lama’ ke atau moden? Sebagai contoh, anda masih selesa menyapu lantai guna penyapu padi ke atau lebih senang guna teknologi baharu macam vakum je?
Kalau vakum jenis lama-lama, biasanya ia dicipta dengan wayar. Memanglah senang, boleh tolak-tarik je kat lantai. Tapi wayar tu kadang-kadang boleh terbelit dan berselirat. Ada tu sampai tersangkut kat benda lain. Selain itu, antara kekurangan vakum berwayar ni adalah susah nak pergi jauh. Bayangkan, kita tengah sedap vakum di ruang tamu, semasa nak berganjak ke dapur, tiba-tiba vakum mati. Rupa-rupanya wayar tegang sampai plug tercabut dibuatnya.
Vakum ‘cordless’ sedut sampai habis!
Namun tahukah anda, sebenarnya ada satu solusi macam mana nak ‘keluar’ dari masalah ni. Senang je, anda hanya perlu tukar ke vakum tanpa wayar. Sudah tentu lebih bebas bergerak, boleh pergi jauh tanpa had.
Min nak cerita satu jenis vakum tanpa wayar ni, namanya MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner. Vakum ni dicipta dengan teknologi terkini tau. Bukan semata-mata tanpa wayar je, malah ada banyak lagi fungsi lain yang anda kena tahu. Jom tengok apa kelebihannya:-
1. Microfibre pad
Vakum ini menyedut permukaan menggunakan pad mikrofiber. Dengan fungsi ini, sedutan akan jadi lebih ‘power’. Tak kurang juga, pad ini sangat ‘survival’ tau sebab sesuai digunakan di permukaan yang kering mahupun basah.
2. Floor brush
Selain pad, anda juga boleh tukarkan ‘kepalanya’ dengan fungsi floor brush. Kalau anda guna pemberus ni, dijamin habuk tidak akan tertinggal walau sedikitpun. Menariknya, ada lampu LED sekali tau kat depan dan permukaan berhabuk yang anda akan bersihkan tu dapat dilihat lebih terang.
3. Sash nozzle & crevice tool
Vakum ni bukan saja boleh bersihkan permukaan rata dan lapang saja tau, malah di celah-celah tempat sempit pun ‘selamba’ je dia masuk. Jadi tidak ada masalah untuk nak bersihkan celah sofa, bawah kusyen, belakang almari, celah dinding dan sebagainya. Semua boleh ‘settle’.
4. Suction motor
Orang lelaki cukup suka hal ni. Tahukah anda, MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner ni memiliki putaran motor berkuasa tinggi tau, iaitu boleh mencapai sehingga 76,000 rpm. Cukup laju dan sudah tentu kuasa sedutannya pun kuat. Ianya menggunakan teknologi smart inverter cyclone serta fungsi HEPA filter.
5. Digital display
Kalau anda guna vakum ni, tak perlu risau lagi pasal bateri tinggal berapa. Paparan digital yang terletak di tempat pemegang membantu kita mengetahui kadar bateri semasa.
6. Aluminium pipe
Kadang-kadang ada sesetengah vakum, batang utamanya agak sukar nak dipasang. Malah ada juga yang tidak berapa ‘tahan’ sebab diperbuat daripada plastik. Berbeza dengan MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner ni, ianya dicipta daripada aluminium. Sudah tentu ketahannya kukuh, lagi pula mudah dipasang.
Untuk penjelasan lebih mudah, apa kata anda tonton video di bawah ini.
Hebatkan fungsinya? Satu lagi yang anda kena tahu, harga vakum ni tidaklah mahal mana pun. Cukup berpatutan, sangat membantu ringankan kerja, mampu beli dan jauh lebih berbaloi. Bak kata orang, benda senang buat apa cari yang susah? Kalau korang tak puas hati jugak SK nak share testimoni orang yang dah beli vacuum terhebat abad ini.
“Produk terbaik, sangat kena dengan harga….” – Jia
“Bagusnya sebab ada lampu, so senang suluh tempat gelap dan bulu-bulu halus…” – Lilo
“Vakum terbaik, suction kuat, tak berat sangat….” – Z
Oh ye, nak tahu tak, pasangan selebriti terkenal kita, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pun pakai tau MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner ni. Jom kita tengok apa kata mereka dalam video ini.
Akak-akak yang selalu kemas rumah sebenarnya elok beli vakum ni. Oh tak lupa juga, abang-abang pun kena belikan vakum ni untuk cik isteri tersayang. Mesti mereka bertambah-tambah rajin, bikin tersenyum sampai ke telinga nanti.
Jadi kalau anda nak beli MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner ni, bolehlah beli di Shopee melalui PAUTAN INI sekarang. Jangan lepaskan peluang, harga tengah promosi gila-gila. Rugi kalau terlepas.
Jom bersihkan rumah dengan cara lebih baik dengan MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner. Kita jaga kita, kita jaga rumah, MMX Cyclone Series Cordless Handheld Vacuum Cleaner jaga kita!