Pernah mencetuskan fenomena, Mak Cun menjadi salah satu siri drama komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Bukan saja terhibur dengan watak-watak yang menuturkan loghat Kedah tapi nilai kekeluargaan yang kuat di dalam drama itu juga membuatkan ia disukai ramai.
Dah berapa tahun berlalu, pasti ada yang rindu nak tengok keletah dan celoteh Mak Cun kan? Haa, baru-baru ini dengar-dengar Mak Cun dah kembali lagi dan ‘kecoh’ masak di dapur. Biasalah Mak Cun ini kalau tak ‘riuh sekampung’ memang tak sah.
Menerusi video yang dimuatnaik di Youtube, Mak Cun ‘memperagakan’ hasil masakan yang kelihatan sangat menarik dan sedap. Kalau korang nak tahu Mak Cun tak masak guna dapur gas tau tapi guna air fryer sepenuhnya. Sekarang ini semua benda dah canggih, kalau ada alat yang boleh mudahkan kita, apa salah manfaatkan sepenuhnya kan?
Macam Mak Cun, siap boleh menyanyi dan bersantai lagi bila masak guna air fryer. Campak-campak masuk semua bahan, tunggu dan siap dihidang, tak perlu lagi bersusah payah ‘berperang’ di dapur. Kalau tak percaya, meh tengok video dekat bawah ini.
Nampak sedap kan, tapi korang perasan tak betapa banyak kuantiti nasi dan lauk yang dimasak oleh Mak Cun, memang sesuai sangatlah dihidang untuk seisi keluarga.
Korang pula macam mana, tak teringin ke nak masak guna air fryer ini? Sekarang ini banyak jenama-jenama air fryer yang boleh korang beli termasuk yang digunakan oleh Mak Cun. Dalam video di atas, Mak Cun menggunakan MMX Kelen Munoz Digital Rapid Air Fryer Deep Cooker 6.8L.
Kalau korang nak tahu, air fryer itu mempunyai kapasiti yang sangat besar, sesuai untuk masak pelbagai jenis lauk termasuk seekor ayam. Bukan itu saja, ia dapat digunakan dengan mudah kerana mempunyai paparan pada skrin digital. Dalam masa singkat, korang boleh sediakan hidangan lengkap untuk seisi keluarga. Menarik kan?
Lagi satu, warna merah dan hitam serta reka bentuk yang petak memperlihatkan ia kelihatan sangat mewah.
Jangan risau, ia juga mempunyai warranty selama setahun.
Katakanlah kalau ahli keluarga tak ramai sangat, korang boleh masak guna MMX Kelen Munoz Air Fryer Km Cook Easy 3L. Bila guna air fryer ini, boleh saja masak hidangan yang sama tapi saiznya berbeza kerana ia mempunyai kapasiti yang lebih kecil.
Jom tengok perbezaan penggunaan kedua-dua air fryer itu yang ditunjukkan oleh Mak Cun menerusi video di bawah ini.
Tak lama lagi ada sale 9.9 dekat Shopee, jadi bolehlah korang grab air fryer tersebut dengan potongan harga yang sangat berbaloi. Bila lagi nak dapat peluang beli produk hot ini dengan harga yang murah kan.
Rasanya dah boleh add to cart dari sekarang dan dapatkan notification peringatan untuk sale nanti serta collect baucar dekat shop MMX Malaysia. Jangan lupa tau, rugi kalau tak beli air fryer ini.
Untuk pembelian, korang boleh lakukannya di shopee MMX Malaysia dengan klik pautan di bawah ini:
MMX Kelen Munoz Digital Rapid Air Fryer warna merah: https://shopee.com.my
MMX Kelen Munoz Digital Rapid Air Fryer warna hitam: https://shopee.com.my