Siakap Keli
Kredit: IG dentista.kids / Best Dentist In Noida

Kesan Lubang Bukanlah Punca Awal Gigi Rosak, Doktor Dedahkan Tanda Kerosakan Gigi Yang Kena Korang Kena Jaga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin, ada yang beranggapan bahawa tanda awal bagi kerosakan gigi adalah pembentukan ‘lubang’ pada permukaan gigi, namun sebenarnya ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan.

Seperti yang dijelaskan oleh seorang doktor gigi, tanda awal kerosakan gigi bermula dengan tompok atau bercak berwarna putih dan kasar yang disebut sebagai “white spot”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti penjelasan daripada Mohd Khairul Izwan di bawah:

Tahukah anda, sebenarnya tanda awal bagi kerosakan gigi bukanlah bermula dengan pembentukan “lubang” pada permukaan gigi?

Sebaliknya ia bermula dengan tompok atau bercak berwarna putih dan kasar yang disebut sebagai “white spot”.

White spot ini merupakan tahap awal di mana proses terjadinya gigi berlubang sedang mula berlaku dan menandakan proses “demineralisasi” ataupun kehilangan mineral mula terjadi.

Dalam keadaan tertentu, jika kebersihan mulut seseorang dijaga dengan baik dan dibantu dengan penggunaan ubat gigi berfluorida secara teratur, white spot ini boleh hilang sendiri melalui proses “remineralisasi”.

Maksudnya, white spot ini masih boleh disekat daripada membentuk lubang pada permukaan gigi melalui pembentukan dan penggantian semula mineral pada permukaan gigi yang telah hilang.

Namun jika tidak disekat, white spot ini boleh berkembang dan membentuk lubang atau kaviti pada permukaan gigi dan ianya tidak lagi boleh kembali kepada asal serta perlu dirawat melalui tampalan di klinik gigi.

Oleh itu, amalkan tahap kebersihan gigi yang tinggi terhadap diri dan anak-anak anda melalui cara:

1. Memberus gigi secara rutin dan teratur sekurang-kurangnya 2 kali sehari setiap hari.
2. Penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluorida.
3. Mengawal pengambilan makanan dan minuman yang manis.
4. Menjalani pemeriksaan gigi di klinik pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.
Semoga bermanfaat!

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.