Siakap Keli
sesat di tengah jalan
Gambar Via Bangkok Post

Seram, Budak Perempuan Ditemui Sesat Tengah Jalan Seorang Diri Dalam Kegelapan

Satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira tiga tahun sesat di tengah jalan menjadi tular di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Menurut Bangkok Post, seorang pengguna Facebook telah menyiarkan video itu pada Jumaat lalu.

Video tersebut memaparkan kanak-kanak itu berada di atas jalan raya yang gelap ketika waktu malam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut negara itu.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat berlari ke arah sebuah kenderaan yang melalui jalan raya sunyi dan gelap.

Dua orang individu yang merakam video itu berkata mereka pada awalnya ragu-ragu untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap.

“Saya takut kanak-kanak itu mungkin sebahagian daripada sindiket penipuan, jadi saya tidak keluar dari kenderaan dan memanggil pasukan penyelamat untuk membantunya,” kata salah seorang dari mereka.

Dalam video itu, mereka dilihat mengundurkan trak pikap secara perlahan-lahan ketika kanak-kanak itu berlari ke arah kenderaan mereka.

BACA: Kanak-kanak Hilang Di Sungai, Ditemui Maut Dengan Kesan Gigitan Buaya

Selepas pasukan penyelamat tiba, pasangan itu menurunkan tingkap kereta untuk bercakap dengan kanak-kanak itu.

Sambil menangis, kanak-kanak itu  memberitahu mereka bahawa dia tersesat.

Selepas itu, pasukan penyelamat telah membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya.

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya di kampung lain sebelum ditemui sesat di tengah jalan raya itu.

Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilang pada kira-kira jam 7 malam.

“Orang ramai harus menjaga anak-anak mereka dengan lebih baik. Kanak-kanak itu berada beberapa kilometer dari rumahnya dalam hujan,” tulis pengguna Facebook.

Video itu dikongsi secara meluas di media sosial, dengan ramai netizen yang memuji pemandu trak pikap kerana tidak meninggalkan kanak-kanak itu di jalan raya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 18.7 juta tontonan di aplikasi TikTok.

@yozawa

ดีน้องไม่หลงไปข้างทางหรือตกลงไปในน้ำดีที่น้องปลอดภัยหนูเก่งมากที่วิ่งร

♬ เสียงต้นฉบับ – Amzawa แล้วไง – 𝔸𝕞𝕫𝕒𝕨𝕒a

Sumber: Bangkok Post

BACA: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.