Sembilan Perompak Dirakam Larikan Barangan Di Butik Gucci
Seramai sembilah perompak dilaporkan melarikan barangan mewah bernilai ribuan dolar daripada sebuah butik Gucci di Beverly Hills, lapor Daily Mail.
Kesemua perompak dilihat bergegas keluar dari pintu masuk butik itu di Century City sambil memakai hoodie dan membawa pakaian serta beg mahal.
Pengawal keselamatan hanya mampu melihat rompakan berlaku dan tidak berdaya menghalang
Ekoran bilangan perompak yang ramai, pengawal keselamatan di butik tersebut hanya dapat memerhati kejadian itu.
Salah seorang orang awam mengikuti kumpulan itu keluar dari kedai dan merakam video kejadian tersebut.
Selain itu, seorang lagi saksi yang memakai sut dilihat menghubungi polis bagi melaporkan kejadian rompakan tersebut.
Rompakan itu dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu di pusat beli-belah Westfield Century City.
Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan yang berlaku atau perompak itu membawa senjata sewaktu kejadian tersebut berlaku.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Dalam pada itu, LAPD juga tidak dapat memberikan sebarang maklumat tentang jumlah barangan yang dicuri.
Perompak dipercayai meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki sebuah SUV putih dan kereta Kia berwarna merah.
Pada hari yang sama juga, tiga suspek dikatakan menyasarkan sebuah kedai Jewels By Alan di Irvine, California.
Pencuri yang berpakaian serba hitam dengan muka disembunyikan menggunakan tukul untuk memecahkan kaca pameran barangan kemas.
Sarjan polis Irvine, Karie Davues menganggarkan perompak itu berjaya melarikan lebih daripada USD900,000 (RM4 juta) nilai barangan kemas.
Perompak Terjatuh Hati, Paksa Mangsa “Add Friend” Dekat Facebook Sebelum Ajak Keluar “Dating”
Seorang perompak bersenjata dilaporkan mahu berkawan dengan mangsanya di Facebook selepas memecah masuk rumahnya di Indianapolis, lapor Daily Mail.
Perompak itu juga dikatakan sempat menghantar mesej kepada perempuan tersebut dengan mengatakan bahawa ‘awak terlalu cantik untuk dirompak’ sebelum mengajaknya keluar dating.
Mangsa bernama Amber Beraun berkata, ketika kejadian dia baru sahaja pulang ke rumahnya di tenggara Indianapolis kira-kira jam 4 pagi selepas seharian bekerja.
@dailymail Nine men were caught on camera robbing a Gucci store in California #fyp #gucci #guccirobbery #california #caughtoncamera #robbery
Sumber: Daily Mail