Siakap Keli
warga emas hilang bentong
Kredit: Sinar Harian

Warga Emas Hilang Di Bentong, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

Warga Emas Hilang Di Bentong, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

Seorang warga emas berbangsa India berusia 91 tahun telah dilaporkan hilang di Bentong sejak 10 hari lalu.

Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai bagi membantu siasatan untuk mengesan keberadaan lelaki berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, kehilangan R Mailvagnam dilaporkan anaknya pada 4 Oktober lalu.

Anaknya telah tampil membuat laporan selepas warga emas itu tidak pulang ke rumah sejak dua hari sebelumnya, sejak 2 Oktober.

Mangsa kali terakhir dilhat pada 2 Oktober

Jelas Zaiham, keberadaan mangsa telah dilihat buat kali terakhir pada 2 Oktober lalu oleh bapa saudara pengadu.

Ketika itu, bapa saudara pengadu telah membawa mangsa keluar untuk membeli barang keperluan dan makanan. Selepas itu, mangsa telah dihantar pulang sebelum dilaporkan hilang pada 4 Oktober.

Ketika mangsa disedari telah hilang, ahli keluarganya telah melakukan pencarian di persekitaran kawasan rumah, namun tidak mendatangkan sebarang hasil yang positif.

“Lelaki itu telah dihantar pulang kira-kira jam 12 tengah hari sebelum hilang.

“Pihak keluarga telah cuba mencari di kawasan rumah dan sekitarnya namun mangsa gagal ditemui,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Orang ramai diseru untuk membantu spihak polis mengesan keberadaan mangsa

BACA: Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”

Dalam pada itu, Zaiham menyeru orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kes kehilangan mangsa untuk segera bertindak dengan menyalurkan maklumat terbabit kepada [ihak polis.

Jelasnya, maklumat berhubung kes kehilangan mangsa boleh disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman.

“Orang ramai juga diingatkan agar tidak menularkan sebarang maklumat tidak sahih dan membuat spekulasi berhubung kehilangan lelaki itu,” katanya.

BACA: Tak Sangka, Rupanya Ini ‘Fungsi Rahsia’ Lubang Wayar Pada Meja Pejabat Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.