Siakap Keli
vape bendera stadium
Gambar: BERNAMA

Vape & Bendera Negara Lain Yang Tiada Kaitan Dilarang Bawa Masuk Ke Stadium Malam Ini

Vape & Bendera Negara Lain Yang Tiada Kaitan Dilarang Bawa Masuk Ke Stadium Malam Ini

Penyokong diingatkan untuk tidak membawa barang-barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka, malam ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras melalui satu kenyataan media semalam.

Antara barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium termasuklah mercun/bunga api, pemetik api dan topi kaledar. Selain itu rokok elektronik, suar, minuman keras dan bendera negara asing yang tiada kena mengena dengan perlawanan juga tidak dibenarkan dibawa.

Vape & bendera negara asing antara barang terlarang tidak dibenarkan dibawa ke stadium malam ini

Ketua Polis IPD Cheras, ASP Zam Halim Bin Jamaludin berkata, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, polis telah membuat persiapan rapi melibatkan pelbagai jabatan.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.

BACA: Panggilan Ancaman Bom Palsu, Pusat Beli-Belah Kembali Beroperasi – Polis

“PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barangan larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium,” katanya.

Dalam pada itu, orang awam yang akan ke stadium juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam ke sana.

Malah, bagi mereka yang tidak berhasrat ke stadium pula, dinasihatkan agar tidak melalui jalan di kawasan sekitar SNBJ. Ia bagi mengelakkan daripada berlakukanya kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Pengguna jalan raya juga diingatkan agar tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti di bahu jalan. Ini termasuklah kawasan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium.

“Tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas,” kata kenyataan itu.

Manakala Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) KL pula hanya berperanan mengatur pergerakan lalu lintas di stadium pada malam ini.

Perlawanan akhir Piala Pesta Bola Merdeka yang mempertemukan skuad kebangsaan menentang Tajikistan dijadualkan berlangsung pada 9 malam ini.

PDRM menjangkakan seramai 45,000 orang penonton akan hadir ke stadium bagi menonton perlawanan tersebut.

Justeru orang ramai diingatkan agar menjaga tatasusila dan serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekecohan.

Baca: SPA Perak Maklum Akaun Rasmi Facebook Digodam Pihak Tak Bertanggungjawab

Sumber: Polis Cheras

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

test